Saturday, March 14, 2009

Keris Melayu

Keris adalah sejenis senjata yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak lebih 800 ratus tahun dahulu. Ia telah digunakan oleh pendekar-pendekar, tentera-tentera dan juga golongan Istana. Kajian menunjukkan bahawa keris berasal daripada Empayar majapahit yang memerintah dalam abad ke 13. Selepas kejatuhan majapahit, ramai tukang-tukang keris atau empu telah berhijrah ke tempat-tempat lain seperti Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan akhirnya ke Semenanjung Tanah Melayu.
Keris telah menjadi senjata orang-orang Melayu dan sehingga kedatangan penjajah Inggeris memerintah Tanah Melayu. Mereka telah mengadakan undang-undang yang melarang pemakaian keris atau digunakan sebagai senjata. Keris hanya boleh digunakan semasa majlis istiadat sahaja.

No comments:

Post a Comment