Saturday, March 14, 2009

Keris bukan sahaja digunakan sebagai senjata, tetapi ia juga sebagai symbol kekuatan orang-orang melayu. Mata keris dikatakan melambangkan kejantanan dan kekuatan. Manakala lebar keris dengan lubang atau anak sungai ditengah-tengah mata keris dikatakan lambing kewanitaan dan kelembutan. Gabungan kedua-dua unsur ini menjadikan keris mempunyai keseimbangan kuasa dalam kehidupan.
Mata keris melambangkan bentuk seekor naga, berkait rapat dengan air dan sungai. Air merupakan punca kehidupan, manakala naga adalah satu bentuk kehidupan yang sangat berkuasa. Keris berlok diibaratkan sebagai naga yang bergerak dan hidup manakala mata keris lurus diibaratkan sebagai naga yang berehat atau bertapa. Belalai gajah, atau lambai gajah satu elemen yang terdapat pada mata keris melambangkan kegagahan dan kekuatan seekor gajah.

No comments:

Post a Comment