Betulkah wujudnya makhluk halus yang dipanggil spiritual orbs? Orang-orang barat telah menubuhkan pusat penyelidikan dan telah membuat kajian mengenai kewujudkan makhluk ini dalam gambar-gambar yang diambil oleh mereka. Real orbs ialah bayangan yang betul-betul wujud dalam gambar manakala false orbs adalah hasil daripada pantulan cahaya lampu keatas benda-benda yang ada dipersekitaran gambar diambil.
Mereka telah membuat kesimpulan bahawa makhluk halus ini memang wujud dipersekitaran kita malah membantu ahli perubatan semasa membuat rawatan. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Friday, September 4, 2009
Friday, August 28, 2009
Petua Melembutkan Daging

Di bulan puasa ni kalau jikalau tuan/puan ingin memasak sup tidak kira sup tulang atau daging tetapi mungkin tak sempat kerana lewat pulang ke rumah kerana bertugas di pejabat. Untuk melembutkan daging dengan cepat hanya masukkan beberapa biji buah tamar ke dalam rebusan sup Insya Allah daging akan cepak empuk. Selamat Mencuba.
Saturday, March 14, 2009
Koleksi Keris 1
Keris bukan sahaja digunakan sebagai senjata, tetapi ia juga sebagai symbol kekuatan orang-orang melayu. Mata keris dikatakan melambangkan kejantanan dan kekuatan. Manakala lebar keris dengan lubang atau anak sungai ditengah-tengah mata keris dikatakan lambing kewanitaan dan kelembutan. Gabungan kedua-dua unsur ini menjadikan keris mempunyai keseimbangan kuasa dalam kehidupan.
Mata keris melambangkan bentuk seekor naga, berkait rapat dengan air dan sungai. Air merupakan punca kehidupan, manakala naga adalah satu bentuk kehidupan yang sangat berkuasa. Keris berlok diibaratkan sebagai naga yang bergerak dan hidup manakala mata keris lurus diibaratkan sebagai naga yang berehat atau bertapa. Belalai gajah, atau lambai gajah satu elemen yang terdapat pada mata keris melambangkan kegagahan dan kekuatan seekor gajah.

Gambar Kenangan 1
Keris Melayu
Keris adalah sejenis senjata yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak lebih 800 ratus tahun dahulu. Ia telah digunakan oleh pendekar-pendekar, tentera-tentera dan juga golongan Istana. Kajian menunjukkan bahawa keris berasal daripada Empayar majapahit yang memerintah dalam abad ke 13. Selepas kejatuhan majapahit, ramai tukang-tukang keris atau empu telah berhijrah ke tempat-tempat lain seperti Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan akhirnya ke Semenanjung Tanah Melayu.
Keris telah menjadi senjata orang-orang Melayu dan sehingga kedatangan penjajah Inggeris memerintah Tanah Melayu. Mereka telah mengadakan undang-undang yang melarang pemakaian keris atau digunakan sebagai senjata. Keris hanya boleh digunakan semasa majlis istiadat sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)