Saturday, March 14, 2009
Koleksi Keris 1
Keris ini adalah koleksi penulis yang paling berharga. Keris Sembilan Lok ini dipercayai telah berusia beratus-ratus tahun. Ia mempunyai ciri-ciri keris yang sempurna dan terdapat ciri-ciri Islam yang unik padabilah keris.
Keris bukan sahaja digunakan sebagai senjata, tetapi ia juga sebagai symbol kekuatan orang-orang melayu. Mata keris dikatakan melambangkan kejantanan dan kekuatan. Manakala lebar keris dengan lubang atau anak sungai ditengah-tengah mata keris dikatakan lambing kewanitaan dan kelembutan. Gabungan kedua-dua unsur ini menjadikan keris mempunyai keseimbangan kuasa dalam kehidupan.
Mata keris melambangkan bentuk seekor naga, berkait rapat dengan air dan sungai. Air merupakan punca kehidupan, manakala naga adalah satu bentuk kehidupan yang sangat berkuasa. Keris berlok diibaratkan sebagai naga yang bergerak dan hidup manakala mata keris lurus diibaratkan sebagai naga yang berehat atau bertapa. Belalai gajah, atau lambai gajah satu elemen yang terdapat pada mata keris melambangkan kegagahan dan kekuatan seekor gajah.

Gambar Kenangan 1
Keris Melayu
Keris adalah sejenis senjata yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak lebih 800 ratus tahun dahulu. Ia telah digunakan oleh pendekar-pendekar, tentera-tentera dan juga golongan Istana. Kajian menunjukkan bahawa keris berasal daripada Empayar majapahit yang memerintah dalam abad ke 13. Selepas kejatuhan majapahit, ramai tukang-tukang keris atau empu telah berhijrah ke tempat-tempat lain seperti Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan akhirnya ke Semenanjung Tanah Melayu.
Keris telah menjadi senjata orang-orang Melayu dan sehingga kedatangan penjajah Inggeris memerintah Tanah Melayu. Mereka telah mengadakan undang-undang yang melarang pemakaian keris atau digunakan sebagai senjata. Keris hanya boleh digunakan semasa majlis istiadat sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)